👉SOALAN 3
Salah satu objektif pengurusan islam ialah menjaga keselamatan maruah. Terangkan bagaimana tiga tindakan yang harus diambil oleh majikan dalam menjaga ketinggian maruah pekerja mereka.
1. Menitikberatkan garis panduan pemakaian ditempat kerja.💚
Pihak majikan perlu memaklumkan garis panduan kepada pihak pekerja agar memakai pakaian yang tidak menjolok mata dan boleh menaikkan nafsu seseorang. Pihak majikan juga boleh mengenakan tindakan tatatertib kepada pekerja sekiranya tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Hal ini dapat mengurangkan kadar pemakaian yang tidak menutup aurat.
2. Mengawal pergaulan bebas antara pekerja💛
Majikan perlu memastikan persekitaran di tempat kerja dalam keadaan yang baik dan perlu mengelakkan penyajian hiburan atau gurauan yang berunsur seks di tempat kerja. Tindakan yang tegas haruslah diberikan kepada pekerja yang tidak mengawal tingkah laku semasa melakukan kerja. Majikan juga boleh mengadakan kempen kesedaran dan aktiviti yang bermanfaat dalam usaha memastikan perkerja tidak terjebak dalam pergaulan bebas ini.
3. Menetapkan satu hari untuk mengadakan tazkirah dan bacaan yassin bersama-sama dengan perkerja.💜
Pihak majikan perlu bijak mengambil peluang untuk menerapkan pendidikan rohani kepada perkerja dan organisasi. Di samping itu juga dapat menerapkan sikap hormat menghormati dalam diri setiap pekerja supaya tidak berlakunya pergaduhan sesama mereka. Secara tidak langsung, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pekerja dan secara tidak langsung mendapat ganjaran pahala.
No comments:
Post a Comment