Kesimpulan

Kesimpulannya, sistem pengurusan dalam Islam adalah salah satu sistem yang sangat lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusan ini adalah jelas , mempunyai penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur , pengawasan yang menyeluruh dan terperinci. Motivasi yang mempunyai asas yang kukuh adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata mata kerana kebendaan dan keduniaan sahaja. Oleh itu, objektif pengurusan islam sangat penting dalam sesebuah organisasi dan setiap organisasi mestilah mempunyai garis panduan yang jelas dan bertepatan dengan syariat islam. Hal ini untuk mengelakkan daripada berlakunya penindasan terhadap masyarakat. Matlamat umum syariah adalah dapat membanteras masalah organisasi serta pentadbiran dan juga dapat dijalankan dalam keadaan amanah dan aman. Oleh itu, dengan adanya perancangan, sesebuah organisasi dapat mencapai objektif dalam pengurusan islam.


No comments:

Post a Comment